Definisi bagi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) menurut Seen (1998) merujuk kepada ilmu yang merangkumi pelbagai teknologi yang disepadukan untuk memperolehi, menyimpan, menyebarkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik audio, animasi, dan sebagainya menggunakan alat-alat elektronik. Menurut Abd. Razak et. al (2000) pula, TMK merangkumi apa jua alatan elektronik yang membenarkan pengguna menyimpan, menghubung, memproses, mencipta dan menyimpan maklumat. Antara contoh pengintegrasian TMK dalam Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) ialah pemprosesan perkataan, persembahan elektronik, hamparan elektronik, pangkalan data, penggunaan perisian dan alat pengarangan, penghasilan pakej multi media pembelajaran dan penggunaan media interaktif dalam pengajaran dan pembelajaran.
Antara kategori atau mod penggunaan TMK dalam sesi P&P ialah tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Bagi TMK dan pembelajaran tutorial, proses penyampaian kandungan pelajaran adalah berdasarkan urutan tertentu. Contoh pembelajaran ialah melalui kaedah ekspositori, demontrasi atau latih tubi. Bahan yang boleh digunakan ialah computer, perisian CD-ROM mahupun penerokaan laman web. Kelebihan tutorial yang dilakukan ialah ianya berbentuk pembelajaran individu, belajar ikut kemampuan sendiri, dapat meningkatkan motivasi dan penyeliaan. Manakala bagi kelemahan unjuran tutorial boleh diulas dalam bentuk perisian tidak bermutu yang menggalakan pembaziran, tidak produktif, penyalahgunaan ICT dan masa lebih digunakan.
Penggunaan TMK dalam kokurikulum boleh membantu melicin dan menaiktaraf sesuatu pengajaran yang ingin disampaikan dalam bentuk penerimaan pelajar terhadap apa yang ingin disampaikan. Dengan mengelakkan penggunaan pengajaran teknik tradisional yang hanya berbentuk berpusatkan guru, satu suasana pembelajaran yang baru dapat diwujudkan dalam meningkatkan minat murid terhadap pengajaran yang ingin disampaikan. Namun demikian dalam kebaikan yang terserlah ini, terdapat juga kelemahan TMK yang memang tidak dapat dielakkan. Bagi isu ini, akan diulas dengan lebih lanjut dan terperinci berdasarkan pemerhatian dan pengumpulan data yang telah dikumpul pada lanjutan artikel ini.
Bagi definisi kokurikulum pula merujuk kepada apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.”
Dalam Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian) Sekolah 1956, kegiatan ini dikenali sebagai KEGIATAN KUMPULAN.
Dalam Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember 1967, No. 5652 (Peraturan Kursus Pengajian) Sekolah 1956, kegiatan ini dikenali sebagai KEGIATAN KUMPULAN.
Kegiatan kokurikulum juga membawa maksud apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan daripada proses P&P dalam bilik darjah yang memberi murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah merujuk kepada Rujuk Peraturan 2 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997; seperti dalam Warta Kerajaan, PU (A) 531/97. Kegiatan kokurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut, penyertaan dalam sukan dan permainan, penyertaan dalam persatuan dan kelab, penyertaan dalam pasukan Pakaian Seragam dan lain-lain kegiatan sebagaimana ditentukan oleh Menteri Dalam Warta Kerajaan bertarikh 31 Disember 1997, Jld. 41, No. 26, Tambahan No.94, Perundangan A.P.U. (A) 531, Akta Pendidikan 1996, Peraturan-Peraturan ( Kokurikulum Kebangsaan ) telah memberi definisi Kokurikulum.
Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Gerak kerja ini merupakan lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Oleh itu aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di bilik darjah Buku Penerangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Dewan Bahasa dan Pustaka (1992) m.s.1.
Penggunaan TMK dalam sesi kokurikulum dapat membantu dalam meningkatkan tahap minat dan perhatian pelajar terhadap sesi pengajaran yang ingin disampaikan oleh guru. Antara penggunaan bahan TMK yang boleh digunakan ialah seperti penggunaan powerpoint, laptop, media interaktif dan sistem audio tambahan. Mengambil contoh sesi kokurikulum unit beruniform Persatuan Bulan Sabit Merah,sesi aktiviti dijalankan dengan sesi teori terlebih dahulu sebelum melakukan aktiviti amali. Untuk melaksanakan sesi teori contoh-contoh jenis luka dan kemalangan serta amali pembalutan, pembentang harus menguasai teknik yang melibatkan pembalutan mengikut jenis luka dan kemalangan, namun demikian bagi audiens, mereka memerlukan lebih daripada kata-kata sahaja untuk lebih memahami apa yang ingin disampaikan pembentang. Dengan menggunakan bahan-bahan TMK seperti projektor dan laptop, pembentang dapat menyampaikan intisari pembentangan dengan menayangkan slaid yang mengandungi gambar-gambar contoh jenis luka dan cara pembalutan nya. Melalui cara ini, audiens akan lebih memahami teknik-teknik pembalutan dengan cara yang ditetapkan protokol standard Persatuan Bulan Sabit Merah dengan tepat dan berkesan.
Mengambil contoh sukan dan permainan Badminton, tidak semua pembentang berkemampuan untuk menunjukkan teknik yang sebenar untuk bermain dengan efektif. Tidak semua sekolah juga mempunyai kelengkapan untuk pelajar memahami suasana sebenar permainan Badminton. Namun dengan menayangkan video yang boleh didapati di internet, guru dapat menayangkan video teknik-teknik bermain Badminton dengan efektif dan berkesan kepada semua pelajar. Mengambil video pemain Badminton negara juga mampu menyuntik semangat ke dalam jatidiri pelajar untuk lebih menumpukan perhatian terhadap permainan tersebut berbanding guru sendiri yang mempraktikkan amali tersebut.
Antara contoh lain pengaplikasian Teknologi dalam kokurikulum ialah melalui jadual kehadiran kedatangan murid ketika sesi kokurikulum, ini juga dikira sebagai salah satu penggunaan teknologi kerana format jadual kebiasaannya dibuat menggunakan Microsoft Excel bagi memastikan kelancaran serta ketepatan peratus kehadiran seseorang murid. Dengan adanya format yang sedemikian maka ini akan memudahkan seseorang guru dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut. Microsoft Excel juga seringkali digunakan bagi tujuan surat menyurat, seperti yang kita serba ketahui aktiviti kokurikulum sememangnya memerlukan surat menyurat yang pelbagai bagi tujuan-tujuan yang berlainan antaranya seperti, surat untuk mengadakan lawatan, surat bagi permohonan sesuatu alatan, surat bagi mengadakan suatu aktiviti perkhemahan, surat untuk pemberitahuan mesyuarat agong dan sebagainya. Justeru itu, Miccrosoft Excel sama sekali akan memudahkan kerja-kerja tersebut.
Seterusnya, Microsoft Office Publisher juga memainkan peranan penting kepada aktiviti kokurikulum. Antara kegunaannya adalah seperti bagi tujuan pengiklanan sama ada berkaitan penyertaan suatu pertandingan mahupun mengambilan ahli baru, brusher, dan iklan-iklan serta hebahan berkaitan suatu unit kokurikulum bagi menarik minat murid-murid. Penggunaan software ini sememangnya amat bersesuaian sekali kerana pertama ianya menjimatkan masa serta wang serta rekabentuk penghasilan iklan-iklan yang menarik, elegant dan penuh dengan warna mampu menarik minat murid-murid untuk membacanya. Disini jelas sekali bahawa penggunaan Microsoft office sememangnya penting bagi kelancaran suatu unit serta aktiviti kokurikulum disekolah.
Penggunaan TMK dalam sesi kokurikulum dapat membawa bidang pendidikan ke dalam generasi yang baru, membantu melancarkan pergerakan P&P, meningkatkan minat dan perhatian pelajar, dan memberi cabang baru terhadap dunia pendidikan. Namun demikian, di mana adanya pro, terletak di situ juga lah kontra. Artikel akan diteruskan dengan mengulas kontra bagi penggunaan TMK dalam sesi kokurikulum.
Penggunaan TMK dalam kokurikulum memerlukan kemahiran TMK yang tinggi bagi seseorang guru. Kemahiran yang dimaksudkan ini bukan lah hanya kemahiran dalam membuat slaid powerpoint atau pun melayari internet tetapi kemahiran dalam menangani masalah-masalah yang mungkin dihadapi pada sesuatu masa contoh nya apabila wayar penyambung projektor ke laptop tidak berfungsi, atau projektor tidak menyala. Guru yang tidak mempunyai kemahiran mengatasi masalah ini akan mengambil masa yang lama untuk memperbetul keadaan serta menganggu sesi P&P yang ingin dijalankan. Murid juga akan mula kurang berminat dengan sesi P&P yang ingin dijalankan. Bagi guru yang hanya bergantung sepenuhnya kepada laptop untuk sesi P&P, masalah sedemikian mungkin akan menganggu perancangan pengajaran dan pembelajarannya.
Risiko untuk berlakunya keciciran atau kehilangan oleh tangan-tangan nakal juga mungkin berlaku, dan guru tidak seharusnya mudah melenting apabila perkara sedemikian berlaku. Peratus kemungkinan berlakunya kes kecurian amat tinggi apabila pelajar didedahkan dengan bahan-bahan TMK yang amat menarik perhatian mereka. Antara aspek yang mendorong mereka untuk melakukan perbuatan ini adalah untuk mendapat keuntungan dengan menjualnya atau pun sekadar untuk kepuasan kendiri memiliki sesuatu yang tidak pernah dimilikinya sebelum ini.
Apabila menggunakan bahan-bahan TMK, guru harus bijak membahagikan sesi penggunaan bahan TMK dan sesi P&P sebenar yang ingin disampaikan. Contohnya guru menayangkan video kartun kepada murid, guru harus bijak menghentikan video tersebut dan meneruskan dengan sesi pengajaran yang telah dirancang. Bagi guru yang kurang kemahiran, pelajarnya mungkin akan meminta untuk guru meneruskan tayangan video kartun tersebut. Situasi ini akan memberi masalah kepada guru untuk melaksanakan sesi P&P yang telah dirancang dan menganggu perjalanan subjek yang diajar.
Penggunaan TMK dalam kokurikulum mempunyai pro dan kontranya sendiri dan harus bijak diadaptasi oleh guru untuk memperbaiki sesi P&P yang telah dirancang. Berikut merupakan antara cadangan-cadangan untuk menambahbaik sesi P&P dengan penggunaan bahan TMK dalam kokurikulum.
Bagi memastikan TMK terus menjadi nadi utama dalam P&P, beberapa cadangan penambahbaikan untuk memantapkan lagi penggunaan TMK. Antaranya ialah guru boleh menggunakan internet sebagai medium dalam P&P. sebagai contoh, guru menyuruh murid mengakses intenet dengan melayari laman blog Persatuan Bulan Sabit Malaysia untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan mendapat maklumat tambahan tentang persatuan ini. Murid juga dapat mengetahui aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan oleh persatuan tersebut dan menyertainya.
Dalam sukan pula contohnya Bola Sepak, guru boleh menayangkan video-video terkini bola sepak dunia. Hal ini dapat membantu murid mempelajari teknik-teknik dalam sukan ini dan dapat meningkatkan pengetahuan sedia ada murid. Guru juga dapat menunjukkan teknik-teknik terbaru dalam bola sepak masa kini yang jauh berbeza dengan masa lalu agar murid tidak ketinggalan dalam pengetahuan bola sepak.
Selain itu, ko-kurikulum juga boleh dimantapkan lagi dengan guru mengadakan seminar atau bengkel berkaitan penyediaan minit-minit mesyuarat dan borang kehadiran. Guru boleh memanggil seorang yang pakar dalam bahagian ini unuk mengendalikan program ini. Melalui program sebegini, murid dapat meningkatkan kefahaman mereka mengenai cara untuk menyediakan minit mesyuarat, format-format minit mesyuarat, borang kehadiran ke sesuatu aktiviti dan lain-lain lagi.
Akhir sekali, pelbagai yang boleh dikaji dan dilakukan bagi meningkatkan penguasaan murid dalam TMK tidak kira semasa aktiviti kurikulum ataupun ko kurikulum. Ternyata TMK tidak hanya penting untuk aktiviti-aktiviti dalam kelas sahaja, tetapi ia juga ternyata banyak membantu dalam ko kurikulum. Banyak lagi yang boleh diterokai bagi memantapkan aktiviti kokurikulum dan guru memainkan peranan yang sangat penting bagi menghasilkan murid-murid yang aktif dalam kokurikulum dan mahir menguasai TMK dalam kehidupannya.
No comments:
Post a Comment